Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2132-15
Perbandingan
Eksekutif Perladangan
GREEn
Eksekutif Perladangan mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, termasuk penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar bagi pengurusan tanah dan perikanan.
Nama Alternatif
Tugasan
merancang, menyelaras dan melaksana segala aktiviti dan program yang meliputi aspek penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. Memberi khidmat kepakaran teknikal dan kejuruteraan seperti untuk pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal
merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan
melawat ladang dan memberi khidmat nasihat tentang langkah untuk menangani masalah seperti hakisan tanah atau serangan perosak
memberi khidmat nasihat mengenai cara meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil, dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan operasi, dan untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar
bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya
mengikuti perkembangan kemajuan mengenai kaedah dan teknik perladangan, perhutanan, dan perikanan
menggunakan pengetahuan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kerja mereka
mengadakan demonstrasi, memberi ceramah, penulisan dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaharui
mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek
  • A
    Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • AF-051-4:2015
    Pengurusan Operasi Ladang Padi
  • A016-001-5:2016
    Pengurusan Teknologi Tanaman
  • A014-001-5:2017
    Pengurusan Ladang Ruminan
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0821
    Perhutanan
  • 0522
    Persekitaran Semula Jadi dan Hidupan Liar
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
  • 0812
    Hortikultur
Kemahiran
Membuat Keputusan
Berfikir Kritis
Pengurusan Sumber Manusia
Microsoft Office
penyelidikan dan pembangunan
Saintifik
Analisis
Aktif Mendengar
Memantau
Center Image
Laporan Kewangan
Analisis Faktor
Center Image