Kod MASCO
2251
Perbandingan
Pakar Veterinar
Pakar Veterinar mendiagnosis, mencegah dan merawat penyakit, kecederaan dan kegagalan fungsi haiwan. Mereka memberikan rawatan kepada pelbagai jenis haiwan atau pakar dalam merawat haiwan tertentu atau di dalam kawasan khusus, atau menyediakan perkhidmatan profesional kepada firma komersial yang mengeluarkan produk biologi dan farmaseutikal.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 3,575
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
memberi nasihat tentang kebersihan, pemakanan, pembiakan dan penjagaan haiwan
memeriksa kualiti, ketulenan dan keselamatan makanan yang keseluruhan atau sebahagiannya dibuat daripada bahan mentah yang berasal daripada haiwan untuk makanan manusia
menguji haiwan tenusu dan haiwan lain dan menginokulasi haiwan terhadap penyakit
memberi rawatan pembedahan atau perubatan veterinar
memberi perkhidmatan obstetrik kepada haiwan
merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan
mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya
melaksanakan autopsi untuk menentukan punca kematian
membantu dalam pengawasan epidemiologi, radiologi, dan pengawasan lain bagi kesihatan haiwan
menyediakan dokumen dan laporan saintifik
menguatkuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat kuarantin
Kemahiran
Center Image
Laporan Kewangan
Analisis Faktor
Center Image