Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3111-25
Perbandingan
Juruteknik Perkhidmatan Iklim
STEM
Juruteknik Perkhidmatan Iklim bertanggungjawab menyelidik keperluan teknologi terkini, mengawasi proses penyelenggaraan, pengujian dan tentukuran alat-alat kaji cuaca, mengumpul data kaji cuaca dan menyediakan analisis-analisis serta mengeluarkan laporan berhubung dengan isu-isu berbangkit.
Nama Alternatif
Tugasan
membuat pemerhatian, pengiraan/pengukuran, merekodkan dan memplot maklumat serta membantu menyediakan laporan dan dokumen teknikal untuk diterbitkan
menyelia atau menyelenggara dan membaik pulih kelengkapan penyelidikan
mengaplikasikan pengetahuan teknikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas
mengumpul sampel serta menyediakan bahan dan kelengkapan ujikaji, ujian dan analisis
membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan
menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin
membuat pemerhatian, merekod, membuat pengekodan keadaan cuaca dan menghantar laporan cuaca serta menyelenggara kelengkapan mengkaji cuaca
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0512
    Biokimia
  • 0531
    Kimia
  • 0532
    Sains Kaji Bumi
  • 0533
    Fizik
  • 0711
    Kejuruteraan Kimia dan Proses
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
  • 0713
    Elektronik dan Automasi
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analitikal
berkebolehan mengumpul dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan.
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Operasi dan Kawalan
kemahiran mengawal operasi peralatan atau sistem.
Penyelesaian Masalah
keupayaan untuk membaiki produk atau proses yang gagal pada mesin atau sistem.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Center Image