Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3132-23
Perbandingan
Pembekal, Loji Pembersihan Air
Pembekal, Loji Pembersihan Air memantau dan mengendalikan sistem kawalan berkomputer dan peralatan berkaitan serta mengawasi loji penunu, loji perawatan air, loji kumbahan, pemampat udara dan gas, stesen pam, dan sistem penyejukan atau pemanasan, dan sistem pengalihudaraan.
Nama Alternatif
Operator Loji Rawatan Air
Tugasan
mengendalikan dan mengawasi pemampat udara dan gas.
mengendalikan dan mengawasi jentera dan peralatan yang mengawal atur pembersihan dan pembuangan kumbahan dan buangan
mengendalikan dan mengawasi jentera dan peralatan untuk menulenkan dan menjernihkan air untuk keperluan atau kegunaan manusia dan kemudiannya dikembalikan kepada sistem air asli
mengendalikan dan mengawasi jentera dan peralatan loji penunu pembakar sampah atau bahan buangan lain
  • C
    Pembuatan
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • E
    Bekalan Air; Pembentungan, Pengurusan Sisa Dan Aktiviti Pemulihan
  • CM-060-3:2014
    Penyeliaan Operasi Rawatan Air
  • E360-001-3:2016
    Kawalan Kualiti dan Pengujian Rawatan Air (Makmal)
  • C331-003-3:2017
    Penyeliaan Fasiliti Rawatan Air
  • 0716
    Kejuruteraan Awam
  • 0717
    Teknologi Perlindungan Alam Sekitar
  • 1021
    Sanitasi Komuniti
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Keselamatan Tempat Kerja
kebolehan menjalankan kerja harian di persekitaran yang selamat
Penilaian risiko
kemahiran menentukan risiko kuantitatif atau kualitatif yang berkaitan dengan situasi yang ditentukan dan ancaman yang telah dikenalpasti.
Penyelenggaraan Peralatan
kemahiran penyelenggaraan rutin pada peralatan dan menentukan bila dan jenis penyelenggaraan yang perlu dilakukan
Penyelesaian Masalah
keupayaan untuk membaiki produk atau proses yang gagal pada mesin atau sistem.
Center Image