Loading...
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains Dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
313
Juruteknik Kawalan Proses
Kumpulan Unit
3133
Pengawal Loji Pemprosesan Kimia
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3133-02
Perbandingan
Penyelia Loji Kimia
STEM
Penyelia Loji Kimia mengendalikan dan memantau loji kimia, melaraskan dan menyelenggara unit pemprosesan dan kelengkapan yang menyuling, menuras, mengasing, memanas atau menapis bahan kimia.

Nama Alternatif
Operator Loji- Kimia-Haba-Pemulihan
Tugasan
mengendalikan panel kawalan elektronik atau berkomputer untuk memantau dan mengoptimumkan proses fizik dan kimia bagi beberapa unit pemprosesan
mengawal proses dan menyelesaikan masalah kerosakan.
melaraskan peralatan, injap, pam, kelengkapan kawalan dan proses
mengawal persediaan, pengukuran dan kemasukan bahan mentah dan agen pemprosesan seperti pemangkin dan bahantara penapis ke dalam loji
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
EBekalan Air; Pembentungan, Pengurusan Sisa Dan Aktiviti Pemulihan
-
C192-002-4:2017Penyeliaan Loji Teknikal (Mekanikal) - Hiliran (Minyak, Gas & Petrokimia)
-
C192-001-4:2017Penyeliaan Loji Teknikal (Elektrik) - Hiliran (Minyak, Gas & Petrokimia)
-
0711Kejuruteraan Kimia dan Proses
-
0714Mekanik dan Tred Logam
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Instrumen
kemahiran dalam bidang kimia analitik yang menyiasat analit menggunakan instrumen saintifik.
Keselamatan Tempat Kerja
kebolehan menjalankan kerja harian di persekitaran yang selamat
Penilaian risiko
kemahiran menentukan risiko kuantitatif atau kualitatif yang berkaitan dengan situasi yang ditentukan dan ancaman yang telah dikenalpasti.
Penyelenggaraan Peralatan
kemahiran penyelenggaraan rutin pada peralatan dan menentukan bila dan jenis penyelenggaraan yang perlu dilakukan
Penyelesaian Masalah
keupayaan untuk membaiki produk atau proses yang gagal pada mesin atau sistem.
