Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3142-15
Perbandingan
Pembantu Pertanian
STEM
GREEn
Pembantu Pertanian menjalankan tugas teknikal dan membangunkan aplikasi hasil penyelidikan aktiviti berkaitan agronomi dan penternakan. Mereka memberikan sokongan teknikal dan saintifik kepada profesional sains pertanian dan penternakan.
Nama Alternatif
Juruteknik Penyelidikan Tanaman
Tugasan
Menjalankan kerja pembangunan termasuk merancang, melaksana, menilai, menjejaki program pembangunan melalui pelaksanaan projek pertanian berkelompok
menyediakan dan mengumpul spesimen, bahan dan peralatan untuk eksperimen, ujian dan analisis
mengumpul dan menyediakan spesimen seperti tanah, sel tumbuhan atau haiwan, tisu atau bahagian atau organ haiwan untuk eksperimen, ujian dan analisis
menganjurkan penyelenggaraan dan pembaikan jentera ladang dan peralatan ladang
mengawasi kualiti produk
  • A
    Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • BT-025-3:2014
    Operasi Makmal Bioteknologi Agrikultur
  • 0821
    Perhutanan
  • 0812
    Hortikultur
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Hortikultur
keupayaan untuk menggambarkan dan mengkonsepkan perincian dan estetika taman yang menerapkan amalan kebun terbaik untuk kesihatan dan paparan tanaman.
Keselamatan Tempat Kerja
kebolehan menjalankan kerja harian di persekitaran yang selamat
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Perladangan
keupayaan untuk menanam tanaman dan menternak.
Persampelan tanah
kemahiran dalam proses mengambil sampel kecil tanah untuk menentukan kandungan nutrien.
Ujian Makmal
kemahiran dalam melakukan ujian perubatan atau prosedur yang dilakukan dalam lingkungan terkawal di mana peralatan, bekalan, dan kepakaran yang bersertifikat tersedia.
Center Image