Loading...
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
325
Profesional Bersekutu Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
3253
Pekerja Kesihatan Masyarakat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3253
Perbandingan
Pekerja Kesihatan Masyarakat
TVET
Pekerja Kesihatan Masyarakat menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, tugas pencegahan dan rawatan perubatan, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh doktor perubatan. Mereka memberikan sokongan dan bantuan kepada individu dan keluarga dalam meneraju sistem perkhidmatan kesihatan dan sosial.

Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,285
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
melawat keluarga di rumah mereka untuk menyediakan maklumat mengenai kesihatan, perkhidmatan sosial dan lain-lain perkhidmatan
mengedarkan kepada isi rumah bekalan perubatan untuk mencegah dan merawat penyakit endemik seperti malaria, pneumonia dan penyakit cirit-birit
menyediakan maklumat kepada keluarga dan masyarakat mengenai pelbagai isu-isu kesihatan termasuk pemakanan, kebersihan, penjagaan bayi dan kanak-kanak, imunisasi, perancangan keluarga, faktor-faktor risiko dan pencegahan biasa, penyakit berjangkit, pencegahan keracunan, first aid untuk rawatan penyakit yang mudah dan biasa, kes penderaan, keganasan rumah tangga, dan topik lain
memberi nasihat kepada masyarakat dan individu tentang kesihatan, diet, dan langkah perubatan pencegahan yang lain
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
mengumpul data isi rumah dan komuniti untuk tujuan pemantauan dan rujukan pesakit, dan membuat laporan untuk memenuhi peraturan-peraturan kesihatan
menentukan ubat dan memberi rawatan untuk penyakit, gangguan, atau kecederaan yang telah didiagnosis
menjalankan tugas yang berkaitan
menjalankan pemeriksaan perubatan untuk membuat diagnosis penyakit dan/ atau merujuk kes yang lebih sukar kepada doktor perubatan apabila perlu
Kemahiran

Laporan Kewangan
Analisis Faktor
