Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3411-15
Perbandingan
Penolong Perundangan
Penolong Perundangan membantu peguam dalam pelbagai tugas, termasuk menjalankan penyelidikan undang-undang, merangka dan menyemak dokumen, berkomunikasi dengan pelanggan, bersedia untuk perbicaraan dan mesyuarat, serta mengatur dan menyelenggara fail.
Nama Alternatif
Tugasan
mencatat/ merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan
menyediakan laporan Harian/ Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim
merangka dan membaca pruf, termasuk menyusun nota kedatangan, mengambil nota di mahkamah, membaca pruf dokumen dan menulis surat.
menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim
bertanggungjawab membuat fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam mengenai tarikh-tarikh perbicaraan
menyedia, merakam, dan mengeluarkan perintah mahkamah termasuk perintah percubaan, mengeluarkan dokumen, maklumat hukuman, dan saman
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • C
    Pembuatan
  • 0421
    Undang-Undang
  • 0488
    Program Dan Kelayakan Antara Disiplin Yang Melibatkan Perniagaan, Pentadbiran Dan Undang-Undang
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis Kontrak
kebolehan memeriksa dan mengesan maklumat dalam kontrak.
Center Image