Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3633-03
Perbandingan
Pembantu Muzium Gred S19
Pembantu Muzium Gred S19 bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kebersihan koleksi muzium serta galeri pameran, membantu kerja-kerja pengumpulan koleksi penyelidikan (sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi) serta penyediaan pameran, ekskavasi arkeologi, konservasi dan sebagainya.
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan memulihara (termasuk tugas penjilidan) semua rekod kerajaan dalam pelbagai bentuk meliputi buku fail, peta, pelan, manuskrip, surat perjanjian, watikah, gambar dan seumpamanya
membantu Penolong Kurator menjalankan penyelidikan dan mengumpulkan koleksi-koleksi Muzium dan menyelenggarakan bahagian pemulihan, membaik pulih, mengawet dan membersih koleksi Muzium untuk dipamerkan
melukis plan bangunan, ubahsuai bangunan, pejabat atau makmal, plan susun atur balai pameran, plan peti pameran, pemetaan untuk aktiviti cari gali dan sebagainya.
menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0322
    Pengajian Arkib, Maklumat dan Perpustakaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Center Image