Loading...
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
54
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Kecil
541
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Unit
5415
Pegawai Dan Pembantu Imigresen/ Kastam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5415
Perbandingan
Pegawai Dan Pembantu Imigresen/ Kastam
Pegawai dan Pembantu Imigresen/ Kastam membantu memeriksa dan menilai kebolehmasukan semua penumpang yang memasuki pelabuhan laut dan lapangan terbang. Mereka terlibat dalam sasaran kerja pencegahan dan mencari kenderaan, angkut barang, dan dokumentasi.

Nama Alternatif
Tugasan
bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport/ eksport, bagasi- bagasi penumpang yang keluar/ masuk di pintu-pintu masuk negara dan membuat imbangan daftar- daftar muatan
mengawal pergerakan barang-barang yang keluar /masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti
menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/ kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa
membantu menguatkuasakan undang-undang, membuat pemeriksaan ke atas premis perniagaan borong, runcit, membantu dalam tugas-tugas operasi penyeludupan, permohonan lesen borong dan runcit, menjalankan siasatan ke atas kes-kes yang diambil tindakan di bawah undang-undang yang di kuatkuasakan, memproses permohonan permit pemindahan beras, mengumpul maklumat barang- barang kawalan, memproses permohonan lesen import, hasil sampingan beras seperti tepung beras, tepung pulut, bihun dan lain-lain dan menyediakan maklumat-maklumat berkaitan import/ eksport barang tersebut
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
memilih dan mensasarkan kenderaan tertentu berdasarkan keperisikan, kesalahan terdahulu, maklumat penghantaran terdahulu, rekod komputer, dan aliran semasa
mencari individu, kenderaan, dan kargo bagi barangan yang diseludup
memeriksa barang angkut secara fizikal untuk memastikan barangan yang dibawa sama seperti
yang dinyatakan dalam dokumen
menahan individu yang disyaki menyeludup barang
memeriksa dokumen berhubung dengan barang angkut yang diimport
Kemahiran

Laporan Kewangan
Analisis Faktor
