Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
8114-10
Perbandingan
Operator Mesin, Penggilap Batu
Operator Mesin, Penggilap Batu mengendalikan dan mengawasi mesin penyemperit, pengacuan, pencampur, pengisar, dan pemotong yang mengeluarkan dan mengemaskan pelbagai produk konkrit dan batu pratuang, atau yang membina batu tuang untuk tujuan membuat bangunan.
Nama Alternatif
Operator Mesin, Penyalut Bahan Lelas
Operator Mesin, Asbestos
Operator Mesin, Produk Simen Asbestos
Operator Mesin, Produk Konkrit Tuang
Operator Mesin, Batu Tuang
Operator Mesin, Produk Simen
Operator Mesin, Pembancuh Konkrit
Operator Mesin, Penggilap Berlian
Operator Mesin, Jubin Terazo
Tugasan
Memotong, mengisar, menggerudi, membagas pasir dan menggilap produk konkrit dan blok batu
Mengendalikan loji dan mesin yang berat dan mencampur pasir, kelikir, simen, air dan bahan-bahan lain untuk membuat konkrit
Mengendalikan dan mengawasi mesin penyemperit, pengacuan, pengisar, dan pemotong yang mengeluarkan dan mengemaskan pelbagai produk konkrit dan batu pratuang seperti batu ubin, tiang pagar, bahagian paip dan pelapik parit teracu, papak bagi dinding dan sesekat, komponen bangunan, penyalur kabel, dan penyalur pengekstrak wasap dan debu
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang mencampurkan pasir, batu kelikir, simen, dan air untuk membuat konkrit
  • B
    Perlombongan Dan Pengkuarian
  • C259-006-2:2020
    Operasi Pemesinan
Kemahiran
Asas
Khusus
Keselamatan Tempat Kerja
kebolehan menjalankan kerja harian di persekitaran yang selamat
Operasi Mesin
kemahiran mengendalikan mesin dengan selamat.
Pemantauan Operasi
kemahiran memantau alat pengukur atau petunjuk lain untuk memastikan mesin berfungsi dengan baik.
Center Image