Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
9333-15
Perbandingan
Pekerja Stor
Pekerja Stor melaksanakan pengendalian dan penyimpanan bahan melalui aktiviti seperti memuat, memunggah dan memindahkan barang di gudang atau bilik simpanan. Mereka bekerja mengikut perintah untuk memeriksa bahan dan menyediakan dokumentasi untuk pengendalian barang. Pengendali bahan juga menguruskan inventori dan memastikan pelupusan sisa yang selamat.
Nama Alternatif
Tugasan
membawa dan menyusun barang di gudang dan bangunan yang seumpamanya
mengendalikan forklif elektrik untuk mengangkut barang di dalam gudang
memuatkan barang ke dalam dan memunggah barang keluar dari treler
membantu mengikat barang dan menutupnya dengan kain tarpaulin
membawa barang untuk dimuatkan atau dipunggah dari van, trak, gerabak, kapal, atau pesawat udara
menjalankan tugas yang berkaitan
memesan dan mengisi semula barang yang diambil, barang stok, memasukkan data dan memeriksa produk yang hendak dihantar berdasarkan pesanan penghantaran
bertanggungjawab menyelenggara forklif secara tetap
membawa bahan dari atau di dalam kawasan kerja di bangunan perindustrian
membungkus perabot, mesin, dan alat untuk pejabat atau rumah serta barang yang berkaitan untuk diangkut dari satu tempat ke tempat lain
  • H
    Pengangkutan Dan Penyimpanan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
Kemahiran
Penggudangan
Center Image
Laporan Kewangan
Analisis Faktor
Center Image