Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3212-15
Perbandingan
Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
STEM
Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 menjalankan ujian klinikal ke atas spesimen cecair badan dan tisu untuk mendapatkan maklumat mengenai kesihatan pesakit atau perkara yang menyebabkan kematian.
Nama Alternatif
Tugasan
menganalisis hasilan makmal untuk memeriksa ketepatan keputusan
mengendalikan, menentukur dan menyelenggara peralatan yang digunakan dalam analisis kuantitatif dan kualitatif, seperti spektrofotometer, calorimeter dan flame photometer
mengeset, membersihkan dan menyelenggara peralatan makmal
membantu dan menjalankan uji kaji, ujian dan analisis, serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan makmal
menyediakan dan mengumpulkan spesimen bendalir dan tisu badan pesakit dan menilai keputusan untuk mengenal pasti jenis, tahap penularan, dan punca jangkitan
memberi tunjuk ajar kepada pesakit cara-cara menggunakan, memasang alatan ortotik dengan betul, cara-cara berjalan atau pergerakan seperti mana yang dikehendaki, cara-cara menjaga alatan tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tidak membahayakan dan tahan lama
menjalankan analisis kimia cecair badan, termasuk darah, air kencing dan cecair tulang belakang untuk menentukan kehadiran komponen normal dan tidak normal
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • 0511
    Biologi
  • 0512
    Biokimia
  • 0912
    Perubatan
  • 0914
    Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Persepsi Sosial
<p>keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.</p>
Khusus
Operasi Mesin
kemahiran mengendalikan mesin dengan selamat.
Pengimejan Perubatan
kemahiran mendapatkan imej bahagian badan untuk kegunaan perubatan bagi mengenal pasti atau mengkaji penyakit.
Penilaian Pesakit
kemahiran dalam menilai pesakit bagi tujuan membentuk diagnosis dan pelan rawatan.
Center Image