Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3212-16
Perbandingan
Juruteknologi Makmal Perubatan
STEM
Juruteknologi Makmal Perubatan mengumpul sampel cecair badan, tisu, dan bahan lain dari pesakit, menguji dan menganalisisnya, dan membincangkan penemuan mereka dengan pegawai perubatan
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan analisis kimia cecair badan, termasuk darah, air kencing dan cecair tulang belakang untuk menentukan kehadiran komponen normal dan tidak normal
menyediakan dan mengumpulkan spesimen bendalir dan tisu badan pesakit dan menilai keputusan untuk mengenal pasti jenis, tahap penularan, dan punca jangkitan
menganalisis hasilan makmal untuk memeriksa ketepatan keputusan
menyediakan, membersihkan dan menyelenggara peralatan makmal
mengendalikan, menentukur dan menyelenggara peralatan yang digunakan dalam analisis kuantitatif dan kualitatif, seperti spektrofotometer, calorimeter dan flame photometer
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • 0511
    Biologi
  • 0512
    Biokimia
  • 0912
    Perubatan
  • 0914
    Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Persepsi Sosial
<p>keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.</p>
Khusus
Operasi Mesin
kemahiran mengendalikan mesin dengan selamat.
Pengimejan Perubatan
kemahiran mendapatkan imej bahagian badan untuk kegunaan perubatan bagi mengenal pasti atau mengkaji penyakit.
Penilaian Pesakit
kemahiran dalam menilai pesakit bagi tujuan membentuk diagnosis dan pelan rawatan.
Center Image