Loading...
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
325
Profesional Bersekutu Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
3254
Juruoptik Pendispensan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3254-02
Perbandingan
Juruoptik Kanta Lekap
STEM
Juruoptik Kanta Lekap mereka bentuk, menyesuai dan mendispens kanta optik berdasarkan preskripsi daripada pakar oftalmologi atau optometris untuk membetulkan penglihatan yang kurang. Mereka juga memberi nasihat tentang bagaimana hendak memakai dan menjaga cermin mata dan kanta lekap.

Nama Alternatif
Juruoptik Pendispensan Kanta Lekap
Tugasan
memberi nasihat kepada pesakit tentang jenis kanta, bingkai, dan penggayaan
memasang kanta lekap dan memberi nasihat tentang penjagaan dan kegunaannya
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
memberi nasihat kepada pesakit apabila pelarasan atau pembaikpulihan cermin mata diperlukan
menjalankan tugas yang berkaitan
memeriksa kanta semasa diterima untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi yang diperlukan
mengambil ukuran bingkai dan muka untuk memastikan pemasangan dan posisinya yang betul
mentafsir preskripsi optik yang ditulis oleh pakar optometri atau pakar oftalmologi
-
QAktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
0912Perubatan
-
0914Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
<p>kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.</p>
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
