Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2262
Perbandingan
Ahli Farmasi
Ahli Farmasi menyimpan dan mendispens ubatan, dan memberi konsultasi penggunaan ubatan dan kesannya menurut preskripsi doktor perubatan dan profesional kesihatan lain. Mereka membantu dalam penyelidikan, penyediaan ujian dan memantau terapi perubatan untuk meningkatkan kesihatan manusia.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,760
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menyemak preskripsi untuk menentukan dos yang dicadangkan agar tidak melebihi hadnya dan arahan penggunaannya difahami oleh pesakit serta memberi nasihat tentang kemungkinan ketidaksesuaian ubatan
menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional, dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan
menyediakan dokumen dan laporan saintifik
menentukan pembungkusan yang paling sesuai bagi bahan perubatan untuk mengelak daripada kerosakan serta memudahkan penyimpanan dan pengedaran
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
mendispens ubat-ubatan di hospital atau menjualnya di farmasi
menyimpan fail preskripsi dan merekod pengeluaran narkotik, racun dan ubatan
menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau menambah baik produk farmaseutikal, kosmetik dan kimia yang berkaitan
Kemahiran
Center Image
Laporan Kewangan
Analisis Faktor
Center Image