Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3343-09
Perbandingan
Ketua Setiausaha Pejabat
Ketua Setiausaha Pejabat berfungsi sebagai pembantu pentadbiran utama kepada eksekutif tertinggi atau pegawai berpangkat tinggi dalam organisasi. Peranan ini melibatkan menyediakan sokongan pentadbiran yang komprehensif, mengurus jadual, menyelaras mesyuarat, mengendalikan surat-menyurat dan menyelia fungsi pentadbiran pejabat. Ketua Setiausaha Pejabat bertindak sebagai penghubung antara eksekutif dan pihak berkepentingan dalaman/luaran, memastikan komunikasi yang cekap dan aliran kerja yang berkesan.
Nama Alternatif
Tugasan
merangka surat-menyurat dan minit mesyuarat
membantu menyediakan bajet, memantau perbelanjaan, menggubal kontrak, dan membeli atau mengambil pesanan
membantu ketua unit dan kakitangan lain berhubung dengan pertanyaan pentadbiran atau ciri organisasi.
mendapatkan, mencadangkan, dan memantau tarikh akhir dan tarikh susulan
menyaring permintaan mesyuarat, menyusun jadual, dan mengatur mesyuarat dan jadual perjalanan ketua unit dan anggota kakitangan lain
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • C
    Pembuatan
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • FB-025-3:2012
    Setiausaha Korporat Eksekutif
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Orientasi Perkhidmatan
<p>kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.</p>
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Laporan Korporat
kemahiran menyediakan maklumat kewangan dan bukan kewangan kepada pihak berkepentingan dan pemegang saham.
Pengurusan Dokumen
kemahiran menggunakan sistem pengurusan dokumen (DMS) untuk mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Center Image