Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3343-12
Perbandingan
Setiausaha Eksekutif Pentadbiran Bukan Kerajaan
Setiausaha Eksekutif Pentadbiran Bukan Kerajaan menjalankan dan membantu aktiviti komunikasi, dokumentasi, dan penyelarasan aktiviti pengurusan dalaman unit organisasi untuk membantu ketua unit dan anggota kakitangan lain dan/ atau menyediakan surat-menyurat, laporan dan rekod prosiding dan dokumentasi khas lain.
Nama Alternatif
Tugasan
membantu ketua unit dan kakitangan lain berhubung dengan pertanyaan pentadbiran atau ciri organisasi.
membantu menyediakan bajet, memantau perbelanjaan, menggubal kontrak, dan membeli atau mengambil pesanan
merangka surat-menyurat dan minit mesyuarat
menyaring permintaan mesyuarat, menyusun jadual, dan mengatur mesyuarat dan jadual perjalanan ketua unit dan anggota kakitangan lain
mendapatkan, mencadangkan, dan memantau tarikh akhir dan tarikh susulan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • FB-025-3:2012
    Setiausaha Korporat Eksekutif
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Orientasi Perkhidmatan
<p>kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.</p>
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Laporan Korporat
kemahiran menyediakan maklumat kewangan dan bukan kewangan kepada pihak berkepentingan dan pemegang saham.
Pengurusan Dokumen
kemahiran menggunakan sistem pengurusan dokumen (DMS) untuk mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Center Image