Kod MASCO
4225
Perbandingan
Kerani Pertanyaan
TVET
Kerani Pertanyaan melayani pertanyaan peribadi, bertulis dan mel elektronik, serta menjawab pertanyaan dan aduan melalui telefon berhubung dengan barangan, perkhidmatan dan dasar organisasi serta menyediakan maklumat dan merujuk pelanggan kepada sumber lain. Mereka ditempatkan di premis yang membolehkan mereka berhubung secara langsung dengan pelanggan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 1,990
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
merujukkan pertanyaan yang rumit kepada ketua pasukan atau pakar penasihat
melayani tugas-tugas kaunter dan pertanyaan umum
mengeluarkan borang yang berkaitan, kit maklumat dan brosur kepada pihak yang berminat
merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/ tetamu dari semasa ke semasa dalam menyelesaikan aduan pelanggan/ tetamu
mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon
memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, dan membantu pelanggan/ tetamu yang berurusan sehingga isu berbangkit selesai
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjawab pertanyaan tentang perkhidmatan dan dasar, serta menyediakan maklumat tentang kemudahan yang disediakan, lokasi, harga dan isu yang berkaitan
menerima, melayan dan merekodkan pertanyaan tentang masalah dan aduan
Kemahiran
Center Image
Laporan Kewangan
Analisis Faktor
Center Image